Tanjung Malim 27 April 2017 - Seramai 600 sukarelawan terdiri dari pelajar dan kakitangan dari 13 buah politeknik di seluruh negara menyertai Program Sukarelawan Perdana Yes! Politeknik Malaysia Siri 1 yang berlangsung selama 2 hari di Tanjung Malim. Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang terpilih sebagai tuan rumah turut mengadakan kerjasama dengan komuniti sukarelawan Belia Malaysia iaitu 1M4U serta Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan bagi menjayakan program tersebut.
Menerusi program itu, sebanyak 13 perkampungan membabitkan 25 rumah disekitar kawasan Behrang dan Slim River disini terpilih antara lain untuk kerja-kerja pulih rumah seperti mengecat, menukar atap serta membaik pulih sistem pendawaian elektrik.
Pengerusi Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Rusnah Kassim menyambut baik penganjuran program berkenaan kerana ia memberi manfaat kepada pelajar serta penduduk tempatan yang menerima bantuan.
Saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan politeknik yang mencetuskan idea tersebut untuk membantu masyarakat dan berharap kerjasama ini akan berterusan pada masa akan datang, katanya kepada pemberita selepas program berkenaan disini.
Turut diadakan pelbagai aktiviti antaranya Promosi Politeknik Malaysia, Polytechnic Edu Care Operation dan Program Keusahawanan. Selain itu program kesukarelawan dan outreach juga disediakan untuk komuniti yang memerlukan khidmat bantuan dalam aspek kejuruteraan dan pemindahan teknologi dalam pelbagai bidang.
-SUMBER BERNAMA-
No comments:
Post a Comment